#DUNSarawak: Julau, Pakan Berisiko Rendah Kebakaran


KUCHING: Kawasan Julau dan Pakan dikategorikan berisiko rendah kebakaran berdasarkan kajian 'fire cover' yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, kajian tersebut dijalankan JPBM melalui aplikasi peta 'Digital TM' SmartMap dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM).

"Didapati risiko kebakaran di kawasan Julau/Pakan masih dalam kategori berisiko rendah," katanya ketika menjawab pertanyaan (BN-Meluan) Rolland Duat Jubin.

Rolland bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk membina Balai Bomba di Julau/Pakan.

Sehubungan itu menurut Penguang, kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewujudkan balai bomba di kawasan tersebut dalam masa terdekat.

"Walaubagaimanapun, buat masa ini terdapat sebuah Pasukan Bomba Sukarela aktif di Julau yang mempunyai sebuah jentera Proton Arena dan kelengkapan kebombaan.

"Kewujudan pasukan ini adalah untuk tindakan awal melawan kebakaran atau kes kecemasan lain sebelum ketibaan pasukan bomba," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA