#DUNSarawak: Jalan Pesisir Rapatkan Jurang Pembangunan Bandar dan Luar Bandar


KUCHING : Progam perhubungan jalan pesisir perlu diambil berat pelaksanaannya agar segala skop pembangunan luar bandar mampu memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh dan mampu merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

(BN-Batang Sadong) Aidel Lariwoo ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2017), 2016 dan Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2017 berkata, dengan adanya pembinaan jalan pesisir dan jenis penghubung lain dilaksanakan, rakyat pesisir akan menikmati peningkatan sosio ekonomi secara langsung dan tidak langsung.

"Saya berasa berbangga apabila Ketua Menteri mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk memulakan projek jalan penghubung pesisir.

"Namun untuk melaksanakan sepenuhnya jumlah keseluruhan 916 kilometer Sematan ke Miri, terdapat tujuh jambatan yang harus dibina untuk melengkapkan jalan pesisir seluruh Sarawak serta memerlukan peruntukkan yang lebih besar," katanya

Menurut Aidel, antara jambatan yang perlu dibina ialah Jambatan Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Kerian, Batang Paloh, Batang Lassa dan Batang Igan.

"Terdapat juga penghubung Sarikei dan Tanjung Manis yang tidak tersenarai sepatutnya diambil perhatian.

"Dan juga 17 kilometer dan lapan buah jambatan kecil satu lorong melalui jalan Sempadi yang juga perlu perhatian," Ujarnya.

Menurut beliau lagi, jika penduduk luar bandar memiliki Lebuhraya Pan Borneo, masyarakat pesisir juga perlukan jalan penrhubungan yang terbaik kerana sejak sekian lama masyarakat pesisir telah menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional selama ini. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA