#DUNSarawak : Isu Balai Ringin Yang Perlu Di Selesaikan


KUCHING : Peruntukan kewangan yang dibentangan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberi impak positif kepada pembangunan luar bandar secara keseluruhan dengan peruntukkan yang rasional lebih berteraskan rakyat luar bandar.

(BN-Balai Ringin) Snowdan Lawan berkata, diharap peruntukkan tersebut akan melibatkan sekali kawasan seperti Balai Ringi yang masih lagi dibelenggu isu-isu penting yang perlu diselesaikan.

"Antara isu yang perlukan pelaksanaan segera ialah jalanraya yang belum lagi sempurna seperti di Melikin, Mugah ke Batu Kepit, Semada, Ubah, Isu, Sapak, Kerenggas, Gayau, Tuba, Muding dan Mentu yang masa ini sukar untuk kenderaan lalui lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

"Masih ada penempatan atau kampung yang langsung tiada bekalan elektrik seperti Tuba, Muding, Kerenggas, Ubah, Empaling, dan Mentu. Penduduk di kawasan tersebut sudah lama berharap bekalan elekterik sampai ke kawasan mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Pada masa sama Snowdan turut membangkitkan bekalan air bersih yang belum lagi menyeluruh di Balai ringin memandangkan pada masa ini penduduk hanya dibekalkan air menggunakan 'Graviti Feed' dan tangki 1Malaysia.

Justeru beliau meminta penjelasan, apakah perancangan pihak keranjaan untuk membekalkan bekalan air bersih keseluruh kawasan Balai Ringin.

"Dalam pada itu projek Pan Borneo adalah pelaksanaan terbaik pada masa ini dan apa yang menjadi persoalan ialah rumah penduduk Sabal Kruin di dalam kawasan Balai Ringin telah di roboh demi memberi laluan projek tersebut berjalan lancar.

"Namun terdapat masalah apabila penduduk berkenaan sukar membina rumah baru kerana tiada tanah diperuntukkan untuk membina rumah dan berharap agar kerajaan melihat isu ini dengan serius serta menyelesaikan perkara tersebut dengan kadar segera," tambahnya.

Snowdan turut menekankan agar Balai Ringin dinaik taraf kepada Daerah Kecil agar segala jenis pembangunan dapat direalisasikan lebih agresif dan drastik pada masa akan datang.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA