#DUNSarawak : DAP Angkuh Dan Ego - Abdullah


KUCHING : Beberapa hari yang lalu, demonstrasi berskala kecil yang disokong oleh penyokong Parti Tindakan Demokratk (DAP) diadakan di jalan menuju ke Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hobi politik DAP yang paling mereka gemari.

(BN-Semop) Abdullah Saidol berbahas di persidangan DUN menyatakan, mereka yang mengadakan piket tersebut untuk membantah tindakan menggantung Pengerusi DAP Chong Chieng Jen daripada persidangan akibat tuduhan berkenaan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang dikatakan hilang.

"Speaker dewan telah menjelaskan dan Ketua Menteri telah memberitahu perkara tersebut secara terperinci di dewan.

"Apa yang dinyatakan ialah dana MRP telah dikembalikan kepada kerajaan disebabkan tidak diguna," katanya.

Abdullah menjelaskan bahawa sejak dua tahun Ketua Menteri mentadbir, telah memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan menggunakan dana daripada kewangan negeri yang berjaya membina enam dewan komuniti, banyak jalanraya, jeti, parit saliran dan projek kecil yang memerlukan penambahbaikan dengan kadar segera.

"Kawasan saya sahaja telah melaksanakan 60 projek yang merangkumi jumlah RM5 juta sejak 2015.

"Itu baru di kawasan saya, belum lagi termasuk kawasan lain dan saya menjangkakan setiap wakil rakyat kawasan telah mendapat manfaat daripada sumber dana daripada RTP dan MRP," ujarnya.

Beliau menambah, tuduhan Chong bahawa dana berkenaan hilang seperti berlaku rasuah di Sabah adalah satu politik yang lemah dan berniat tidak baik terhadap kerajaan.

"Di sini saya jelaskan bahawa dana MRP atau RTP untuk kawasan pembangkang telah hilang kerana wakil rakyat pembangkang sering berpolitik sepanjang masa.

"Buat ceramah, bersikap bermusuhan, membuat tuduhan liar terhadap kerajaan dan menyatakan semua salah kerajaan, hanya mereka sahaja yang betul," tekannya.

Tambah Abdullah lagi, Adenan sebagai Ketua Menteri seluruh rakyat Sarawak, peruntukan telah diagihkan kepada kawasan pembangkang melalui agensi-agensi kerajaan yang pembangkang tidak ketahui atau memang jelas pembangkang dikenali mempunyai sikap ego yang tinggi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA