#DUNSarawak: Chong Digantung Daripada Hadiri DUN


KUCHING : Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merta sehingga persidangan tamat.

Sebelum itu Speaker DUN Datuk Amar Asfia Awang Nassar memberi peluang kepada Chong untuk menarik balik usul berkenaan kewangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang sepatutnya tidak dibangkitkan di dewan.

Speaker telah menjelaskan bahawa Kementerian Kewangan Negeri telah menyatakan wang tersebut yang tidak diguna dikembalikan semula kepada kerajaan.

Namun Chong berdegil untuk tidak menarik balik usul tersebut.

Speaker mengemukakan usul penggantungan Chong kepada Menteri Kewangan Kedua Dato' Sri Wong Soon Koh dan telah diluluskan usul penggantungan tersebut.

Dengan serta merta Chong digantung daripada menghadiri persidangan DUN sehingga tamat persidangan minggu hadapan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA