#DUNSarawak: Belia Ceburi Perniagaan Guna 'Foodtruck' Akan Dibantu

KUCHING : Kerajaan Negeri Sarawak bersedia untuk membantu dan menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan termasuk perniagaan dengan menggunakan 'Foodtruck' yang moden.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Datuk Naroden Majais berkata di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah dipertanggungjawab sebagai kementerian yang merangka strategi bagi menggalak konsep perniagaan bergerak termasuk konsep foodtruck.

"KPDNKK telah melancarkan Program 1Malaysia Mobile Hawker (1MMH) pada 24 Mac 2016 dan Bandar Putrajaya telah dipilih sebagai 'pilot poject' dengan penyertaan 10 peserta.

"Di Negeri Sarawak, perniagaan Foodtruck adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di samping kelulusan lain seperti Lesen Perniagaan (didaftar di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan) dan lesen-lesen lain yang diperlukan mengikut jenis perniagaan dan perusahaan," jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul Ahli Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato' Idris Buang, -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA