#DUNSarawak : Bekalan Air Bersih Luar Bandar Menjadi Keutamaan



KUCHING : Program Transformasi Luar Bandar (RTP) menekankan projek bekalan air bersih ke seluruh Sarawak menjadi keutamaan negeri secara berperingkat mengikut kesesuaian program yang telah dirancang.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak (BN-Kemena) Datuk Dr Stepehen Rundi Utom ketika mencapaikan ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata bekalan air bersih ke kawasan bandar sudah mencapai 100% tetapi di luar bandar ia hanya menjangkau 61% maka usaha untuk membekal 114,000 isi rumah di luar bandar akan diteruskan dalam perancangan RTP kali ini.

"Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) melalui Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) terlah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM2.38 bilion bagi melaksanakan 141 projek bekalan air bersih di Sarawak.

"39 projek berjumlah RM490 juta dalam Rolling Plan Pertama (RP1) dan 141 projek dijangka akan memberi manfaat kepada 55,000isi rumah," ucapnya.

Dalam ucapan beliau turut menyentuh kawasan yang sukar untuk dibekal air bersih disebabkan tidak terdapat jalanraya akan dibekalkan melalui program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS).

"Program SAWAS akan diberi keutamaan kepada masyarakat luar bandar dan bergantung kepada peruntukkan yang telah disediakan.

"Program tersebut telah mendapat suntikan sebanyak RM106 juta sebagai penggesa pelaksanaan awal projek," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA