#DUNSarawak: Adat Istiadat Peribumi Dipinda Ikut Peredaran Masa



KUCHING : Majlis Adat Istiadat Sarawak sedang mengumpul maklumbalas berbentuk pandangan dan cadangan tentang seksyen-seksyen yang perlu dipinda supaya sesuai dengan cara hidup masa kini atau dimansuh kerana tidak relevan.

Sehubungan itu, Menteri Muda Kebudayaan dan Adat Istiadat, Datuk John Sikie Tayai berkata, pelbagai bengkel dan seminar dianjurkan khas untuk ketua masyarakat, ketua kaum dan pengamal adat diadakan untuk mendapat maklumbalas mereka.

"Setelah disusun, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pindaan," katanya menjawab pertanyaan (BN-Pelagus) Wilson Nyabong Ijang.

Wilson bertanyakan mengenai langkah yang akan diambil kerajaan dalam menyusun semula adat istiadat peribumi yang tidak relevan ataupun tidak sesuai dengan peredaran masa serta gaya hidup masa kini.

Bagi adat Iban menurutnya, cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan di mana sebanyak 26 seksyen dicadangkan untuk dipinda.

Jelasnya, tujuh Undang-Undang Adat atau 'Native Customary Laws' telahpun dipinda untuk kegunaan di dalam Mahkamah Bumiputera.-Sarawakiana













Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menyusun semula adat masyarakat peribumi Sarawak sesuai dengan peredaran masa.

Menteri Muda Hal Ehwal Pribumi dan Adat -Istiadat (BN-Kakus) menjawab soalan (BN-Pelagus) Wilson Nyabong, tujuh Undang-undang adat telahpun dikodifikasikan untuk kegunaan di dalam Mahkamah Bumiputera.

"Majlis Adat Istiadat Sarawak melalui bengkel dan seminar yang dianjur khas untuk ketua masyarakat, ketua kaum dan pengamal adat sedang mengumpul respon yang berbentuk pandangan dan cadangan daripada peserta.

"Ia juga berfungsi untuk melihat seksyen-seksyen yang perlu dipinda supaya sesuai dengan cara hidup pada masa kina atau dimansuh oleh kerana tidak relevan," jawabnya.

Beliau menambah bahawa setelah dikompil, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk dipinda bagi.

Sikei turut menjelaskan, bagi Adat Iban telah dikemukakan kepada Kerajaan di mana sebanyak 26 seksyen dicadangkan untuk dipinda.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang pada hari kedua hari ini dan pelbagai usul telah dibangkitkan oleh setiap wakil rakyat Negeri Sarawak bagi mendapat jawapan daripada kementerian yang berkaitan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA