#DUNSarawak : 86 Peratus Penduduk Sarawak Nikmati Bekalan Elektrik Sepenuhnya

KUCHING: Sehingga penghujung tahun 2015, sejumlah 86% penduduk Sarawak telah menikmati bekalan elektrik sepernuhnya.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak (BN-Kemena) Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom menjelaskan, kementerian beliau akan mengenal pasti lokasi, penempatan dan populasi penduduk yang belum lagi mendapat bekalan elektrik daripada pihak Pejabat Residen dan Pejabat Daerah kawasan berkenaan bagi meneruskan program pembekalan elektrik secara menyeluruh.

"Melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP), jangkaan sepenuhnya untuk mencapai bekalan elektrik secara menyeluruh ialah pada tahun 2025.

"Untuk mencapai 100% keseluruhan bekalan elektrik ke seluruh Sarawak adalah merangkumi RM8 bilion dan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Kerajaan Persekutuan RM1,355 juta manakala RM850 juta melaksanakan projek sambungan grid dan RM505 juta pula melalui projek Alternatif Sistem Tenaga Solar Hybrid dan SARES," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 pada hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa projek sambungan grid yang menelan belanja RM850 juta akan memberi manfaat kepada 14,020 isi rumah manakala projek tenaga solar hybrid yang berjumlah RM434 juta pula akan memberi faedah kepada 2,469 isi rumah.

Projek SARES pula memberi faedah kepada 58 kampung dengan kos projek menelan belanja RM71 juta. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA