#DUNSarawak: 16 Ekor Buaya Dewasa Dikeluarkan Dari Sungai Sebelak & Batang Krian


KUCHING: Sebanyak 16 ekor buaya dewasa berjaya dikeluarkan dari Sungai Sebelak dan Batang Krian sejak 2011 hingga sekarang.

Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, buaya-buaya tersebut dikeluarkan selepas tujuah operasi menangkap buaya dijalankan Unit SWAT Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“Operasi penakaian atau ‘culling’ seperti ini dilaksanakan secara berterusan,” katanya ketika menjawab pertanyaan (BN-Kabong) Mohd Chee Kadir.

Mohd Chee bertanya mengenai bilakah kerajaan memulakan operasi menangkap/membunuh buaya-buaya yang mengancam keselamatan penduduk terutama nelayan di kawasan DUN Kabong dan bolehkan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai diberi lessen untuk menangkap buaya-buaya tersebut?

Bagi aktiviti penuaian buaya pula, Len menjelaskan, pengeluaran lessen akan diberi keutamaan kepada penduduk setempat untuk menuai buaya-buaya liar.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA