#DUN Sarawak: RM5.9 Bilion Daripada Keseluruhan Bajet Negeri 2017 Untuk Pembangunan


KUCHING: Peruntukan berjumlah RM5.9 bilion atau 73 peratus daripada keseluruhan Bajet Negeri 2017 disalurkan kepada pembangunan manakala RM2.2 bilion atau 27 peratus untuk perbelanjaan operasi.

Daripada RM5.9 bilion peruntukan untuk pembangunan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, lebih 50 peratus atau RM2.9 bilion untuk merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar Bandar seluruh negeri.

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah lebih tinggi berbanding RM2.3 bilion pada 2015 dan RM2.65 bilion tahun lepas.

“Ia selari dengan komitmen kita untuk memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek di kawasan bandar untuk mempercepatkan transformasi pembangunan luar bandar.

“Usaha ini akan membuka lebih banyak peluang pembangunan di kawasan luar bandar untuk manfaat penduduk pedalaman,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan Bagi Tahun 2017 Bersempena Mesyuarat Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, peruntukan berjumlah RM817 juta disalurkan tahun depan untuk inisiatif transformasi.

“Ini menjadikan RM797 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan RM20 juta bagi perbelanjaan operasi dalam usaha meningkatkan perkembangan ekonomi dan pembangunan,” ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA