Dugaan Hari Pertama SPM


GEORGETOWN: Seramai 20 pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Abdullah Munshi, terpaksa menaiki bot untuk ke sekolah kerana banjir di Jalan P Ramlee, di sini.

Semua pelajar terbabit yang menduduki peperiksaan SPM hari ini dibawa menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Pertahan Awam Daerah Timur Laut Maxwell Panchai berkata, hujan sejak tengah malam tadi menyebabkan kawasan sekitar Jalan P Ramlee dinaiki air sehingga paras pinggang.

"Kita terpaksa menggunakan bot untuk membawa semua pelajar berkenaan kerana mereka akan menduduki SPM hari ini.

"Bas yang membawa mereka tidak dapat masuk ke kawasan sekolah kerana air naik dan kita memberi bantuan dengan menyediakan bot," katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA