Dua Suspek Kes Dera Di Flat Paya Nahu Ditahan Reman 7 Hari



SUNGAI PETANI – Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes dera di Flat Paya Nahu, di sini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 26 dan 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik di rumah terbabit. – BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA