Dua Kenderaan Terbakar Di Kuching


KUCHING: Dua kenderaan terbakar dipercayai berpunca dari masalah bahagian enjinnya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Stutong Baru dan Jalan Batu Kawa-Matang semalam.

Insiden pertama dilapor berlaku di Jalan Stutong Baru sekitar jam 6.40 pagi apabila api tiba-tiba marak dari bahagian enjin kereta jenis Proton Gen-2.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta tersebut berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.

Beberapa anggota balai bomba berdekatan dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Sementara insiden kedua berlaku di Jalan Batu Kawa-Matang adalah sekitar jam 10.30 pagi melibatkan sebuah van dalam perjalanan menuju ke Batu Kawa.

Menurut sumber, pemandu van mula-mulanya menyedari asap tebal dari bahagian enjin dan segera memberhenti van tersebut di tepi jalan raya dan terus mengarah penumpangnya keluar menyelamatkan diri sebelum api marak.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA