Dua Kali Data Percuma Untuk Pelanggan MaxisONE



KUALA LUMPUR: Pelanggan Pelan MaxisONE (MOP) akan menikmati penambahan kuota data percuma dua kali secara automatik antara 15 dan 19 Nov.

Dalam satu kenyataan, Maxis Bhd berkata naik taraf percuma tanpa sebarang kos tambahan itu akan melibatkan hampir 1.5 juta pelanggan MOP.

Ia berkata pelanggan MOP juga akan menikmati data tambahan percuma dua kali pada hujung minggu.

"Pelanggan sukakan data dan menikmati pelbagai perkara menerusi rangkaian Generasi Keempat (4G). Jelas, lebih ramai pelanggan menggunakan telefon pada hujung minggu, dan sebab itulah kami menambah peruntukan data hujung minggu.

"Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pelanggan penyelesaian dan pengalaman data terbaik," kata Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyanathan.

Pelanggan MOP98, sebagai contoh, akan dinaik taraf kepada 10 gigabit (GB) daripada 5GB secara percuma sepanjang hayat, dan bagi hujung minggu, mereka akan juga mendapat kuota tambahan 10GB secara percuma.

Maxis berkata naik taraf percuma dua kali itu terpakai untuk setiap talian tambahan MaxisONE Share.
Tawaran lain untuk pelanggan MOP, termasuk jualan Power of One pada kadar RM1 untuk telefon pintar 4G seperti Huawei P9, Samsung J7 dan J5 dan Oppo F1, dan penyambung Pocket Wifi, Google Chromecast dan WiFi kediaman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my/maxisone.11 - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA