Dua ADUN Jadi Ketua PBB Cawangan


KUCHING: Datuk Abdul Wahab Dollah serta Datuk Bolhassan Di yang masing-masing mengetuai Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jemoreng dan Beting Maro diminta melepaskan jawatan tersebut untuk diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih rakyat.

Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, berdasarkan Artikel 15 Perlembagaan PBB, ADUN secara automatik menjadi ketua cawangan.

Keadaan tersebut menyaksikan Datuk Dr Juanda Jaya dan Razaili Gapor menjadi ketua baharu di Jemoreng serta Beting Maro.

"Dua ketua cawangan PBB perlu melepaskan jawatan masing-masing dan menyerahkan kepada ADUN yang dipilih rakyat berdasarkan Artikel 15 Perlembagaan PBB," katanya yang juga Ketua Menteri.

Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Asfia Awang Nassar pula menjelaskan, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Mesyuarat Agung Tritahunan PBB yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan ke tahun 2018.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA