Ditahan Ketika "Leka" Berjudi Di Lawas


KUCHING - Polis menahan 15 kaki judi termasuk dua warga asing menerusi dua serbuan berasingan di dua premis judi dalam talian di Jalan Trusan, Lawas  malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira pukul 10 malam.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 52 tahun.

"Tiga penjaga premis judi tersebut masing-masing berusia 26 hingga 34 tahun turut ditahan.

"Polis turut merampas 31 unit komputer dan wang tunai sebanyak RM804 dalam serbuan sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Dev menambah, susulan serbuan itu, pasukan sama turut menggempur sebuah lagi pusat judi di situ kira-kira pukul 10.30 malam.

"Wang tunai sebanyak RM2,580 dan lapan unit komputer yang telah diubahsuai turut disita," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA