Dilanggar, Diseret & Terperosok Bawah Trak Namun Hanya Cedera Ringan


SEORANG wanita berhadapan maut apabila dilanggar, diseret dan terperosok di bawah sebuah trak pikap ketika mengayuh basikal di sebatang jalan di Bozhou, timur China.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, mangsa yang tidak dinyatakan identitinya mengayuh basikal bewarna merah jambu melintasi sebatang jalan di bandar berkenaan dilanggar dan diseret sebuah trak pikap beberapa meter sebelum berhenti di sebuah dinding bangunan yang berada di situ.

Tambah malang lagi bagi wanita itu apabila dia terperosok di bahagian bawah trak berkenaan.

Menurut Daily Mail, pemandu trak itu bergegas keluar dari kenderaannya untuk melihat keadaan mangsa yang dilanggarnya sebelum mendapati mangsa berlumuran darah selain seluar yang dipakai turut terkoyak.

Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain dan mereka turut membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah trak tersebut.

Difahamkan lebih sepuluh orang awam telah membantu mengeluarkan mangsa dengan mengangkat trak berwarna kelabu itu.

Akibat insiden itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan kaki.

Manakala ibu mangsa, Liu Ping berterima kasih kepada orang awam yang telah menyelamatkan anak perempuannya sambil memuji tindakan pantas mereka. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA