Dikalung pingat 'Jasamu Dikenang'

Johor Bahru: 'Murat' iaitu anjing jenis German Shepherd menerima pingat penghargaan, hari ini.

Ini berikitan jasanya membantu anggota menjejaki Geng Kapak pada 16 November lalu.

Murat, 8, bersama pelatihnya, Lans Koperal Hardin Anak Ng Kang terima pingat serta sijil penghargaan daripada Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Murat yang juga dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dikalungkan pingat 'Jasamu Dikenang', sijil dan beg sebagai simbolik penghargaan membatu menangkap ahli geng itu.

Ketika ditemui Hardin berkata, dia tidak menyangka usaha Murat membantu mengsan penjenayah dari Geng Kapak membolehkan anjing dilatihnya itu mendapat pengiktirafan.

Bahkan, katanya, ia bukan kali pertama anjing berkenaan membantu mengesan penjenayah tetapi sudah berjaya mengesan beberapa suspek lain sebelum ini.

Malah, katanya, dalam kejadian itu Murat berjaya mengesan penjenayah yang melarikan diri dalam kawasan belukar hingga tertangkap dua penjenayah paling dikehendaki itu. - HMetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA