Diejek Akibat 6,000 Ketumbuhan Di Badan


Seorang ibu, Elizabeth Huffer, 44, kini terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjalani rawatan untuk membuang kira-kira 6,000 ketumbuhan di seluruh badannya, hingga mengakibatkan dia dibuli dan diejek oleh orang ramai.

Ketumbuhan itu juga menyebabkan Elizabeth, yang berasal dari Indiana itu telah digelar sebagai `Lizard-Breath’ oleh pembuli.

Keadaan yang dialami oleh Elizabeth itu dikenali sebagai neurofibromatosis (NF) dan Elizabeth menghidapnya sejak berusia lima tahun. Ibu dan neneknya juga terpaksa bergelut dengan penyakit tersebut sepanjang hayat mereka.

Ketika kecil, Elizabeth masih boleh menjalani kehidupan normal namun apabila usianya meningkat remaja, ketumbuhan itu mula memenuhi badannya.

Keadaan bertambah buruk ketika dia mengandung pada 1993 apabila hormon badannya ketika itu telah mengaktifkan lagi ketumbuhan terbabit hingga menyebabkan ia tumbuh dengan banyak.

“Ketumbuhan ini terutama di bahagian belakang amat menyakitkan, menyebabkan saya sukar tidur meskipun telah menelan 13 jenis ubat. Sedikit sentuhan seperti dipeluk atau ketika terkena air, juga menyebabkan kesakitan yang amat sangat,’’ katanya yang pernah menjalani 10 pembedahan namun gagal menghapuskan ketumbuhan itu.

Jelasnya, semakin usianya meningkat, ketumbuhan itu semakin membesar dan keadaan ini menjadikan dia diejek sepanjang masa. - Mynewshub

“Saya terpaksa menutup badan dengan memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang namun sejak kebelakangan ini saya cuba menjadi berani dan mendedahkan lebih banyak kulit saya,’’ katanya.

Disebabkan penyakit itu, Elizabeth tidak dapat bekerja dan dia juga sukar mendapatkan kekasih.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA