Didera Pengasuh Sehingga Lebam Mata & Bengkok Tangan

adik44

SERING kali kita melihat di media sosial mengenai isu penderaan bayi yang agak keterlaluan.

Perasaan sayu dan sebak secara automatik melanda di hati pabila melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa diperlakukan seperti itu.

Agaknya apa yang bermain di fikiran meraka yang sanggup mendera dan memukul kanak-kanak ini?

Terbaru di laman Facebook, seorang ibu, Fazlin Johari memuat naik gambar beserta satu rakaman yang mana memaparkan kecederaan anaknya, Rayyan yang didakwa dipukul semasa berada di bawah jagaan pengasuh.

Rayyan yang berusia lapan bulan mengalami kecederaan lebam teruk di bahagian mata dan tulang tangannya bengkok dipercayai akibat didera.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA