Depha Kongsi Kejayaan Masterpiece AMD2016


KUCHING : Pada Anugerah Muzik Dayak 2016 yang lepas, band rock tempatan Masterpiece telah merangkul tiga anugerah berprestij.

Album Iban Terbaik, Vocal Kumpulan Terbaik dan Persembahan Terbaik anugerah yang dirangkul justeru membuktikan Masterpiece sebuah band rock terunggul di Bumi Kenyalang.

Menurut Depha (penyanyi), kejayaan tersebut hasil kerjasama erat kumpulan yang telah berusaha gigih untuk mencapai sasaran.

"Sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, saya berbesar hati lagu ciptaan kami telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan kami.

"Bukan mudah untuk mencipta sebuah lagu yang bermutu kerana ia memerlukan keadaan yang betul-betul sesuai," katanya kepada Sarawakiana.



Menurut Depha, lagu yang beliau cipta adakalanya mengambil masa singkat untuk disiapkan dan ada masanya masa yang panjang perlu diambil.

"Kadang-kadang saya mampu menyiapkan sebuah lagi dengan hanya memerlukan masa tiga jam sahaja dan adakalanya berhari-hari baru siap satu lagu," ujarnya.

Setelah siap menghasilkan lirik dan lagu, Masterpiece akan bekerjasama menjadikan lagu tersebut lebih menarik bila sudah sampai di studio.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA