Demontrasi Bukan Cara Terbaik Menuntut Hak



KUCHING : Tidak perlu bertindak kasar atau berdemonstrasi untuk menuntut hak Sarawak kerana cara berdiplomasi adalah terbaik bagi membincangkan segala permasalahan berkenaan autonomi Sarawak.

Razi Sitam (BN-Saribas) menegaskan tindakan sesetengah pimpinan pembangkang yang gemar mengadakan demonstrasi hanya bersifat menangguk di air yang keruh.

"Sejarah telah membuktikan melalui rundingan dan kata sepakat dapat membuahkan hasil rundingan melalui cara berdiplomasi.

"Buktinya, seperti yang dimaklum terdapat perkembangan positif rundingan sebelum ini di mana keputusan bersama pengambilan lebih ramai anak Sarawak berkhidmat dalam jabatan kerajaan persekutuan dan sekolah, operasi Petronas di Sarawak dan memperkasakan peranan pegawai perundangan negeri untuk melakukan dakwaan ke atas kesalahan melanggar undang-undang negeri telah pun dipersetujui," ucapnya ketika membahas di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut beliau, tindakan Ketua Menteri untuk tidak membangkitkan isu Perjanjian Malaysia 1963 di dewan adalah bijak kerana cara diplomasi begitu berkesan disebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tunn Razak sendiri sudah memberi jaminan bahawa pintu sentiasa terbuka untuk membincangkan kebimbangan rakyat negeri ini mengenai hak-hak Sarawak yang semakin terhakis disebabkan salah tafsir pihak tertentu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA