DBKU Sediakan Green Kios Esplanade Untuk Tukang Kasut



KUCHING: Dalam usaha meningkatkan lagi momentum Kuching Cantik, Bersih, dan Selamat (CBS) Enchancement Plan yang dilancarkan sejak Majlis Agenda DBKU 2013 lagi, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyediakan Green Kios Esplanade dibawah jejantas Jalan Satok.

Green Kiosk Esplanade tersebut terdiri daripada tiga kubikal yang mengandungi enam unit kiosk bagi menempatkan kasut pelanggan dan peralatan tukang kasut.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kawal Selia, Morshidi Ahmad berkata pelan tersebut memfokus kepada penglibatan warga kota dalam matlamat untuk mewujudkan sebuah bandar raya yang cantik, bersih dan selamat serta popular di Asia menjelang tahun 2017.

“CBS Enchancement Plan merupakan perancangan lima tahun (DBKU) yang memfokuskan kepada elemen bersih, cantik dan selamat sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat seiring dengan perkembangan semasa,” jelasnya.

Tambahnya, pembinaan Green Kiosk Esplanade ini adalah untuk memberi keselesaan kepada tukang kasut itu sendiri sekaligus membantu meningkatkan ekonomi serta taraf hidup mereka selain memberi kesenangan kepada pelanggan untuk membaiki kasut kerana tukang kasut ditempatkan di lokasi yang sama.

Beliau berharap agar dapat membina lebih banyak lagi Green Kiosk Esplanade di masa akan datang bagi memudahkan pelanggang berkunjung ke kiosk- kiosk yang disediakan. 

Terdahulu, Ahli Dewan DBKU Datin Mary Sadiah Zainuddin yang turut hadir pada Lawatan Media Mengenai Green Kiosk Esplanade telah menyerahkan kunci kiosk kepada enam orang tukang kasut. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA