DAP Sepatutnya Keluar Dari Sarawak - Lina Soo


Tindakan Lim Guan Eng yang menggesa Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem agar keluar daripada Barisan Nasional mendapat kecaman hebat pelbagai pihak di Sarawak. Bukan setakat ahli politik bersuara, malah aktivis mula bersuara tidak bersetuju terhadap Guan Eng.

Menurut laporan malaymailonline, aktivis Lina Soo turut tidak berpuas hati dengan kenyataan Guan Eng.

Lina Soo dilaporkan berkata, Sarawak tidak memerlukan campur tangan pihak luar dalam bab autonomi atau hak Sarawak.

"Biar kepimpinan Sarawak sendiri yang mencatur segala urusan yang berkaitan memandang Adenan sudah berada di landasan yang betul. Hak atau autonomi hanya Sarawak yang tahu dan Guan Eng perlu fikir urusan negeri sendiri sahaja.

"Jika Guan Eng tahu apa itu hak atau autonomi Sarawak maka Guan Eng perlu sedar dalam keterlibatan parti politik juga tidak mahu parti luar berada di Sarawak," katanya dipetik sebagai berkata.

Dalam hal ini Guan Eng perlu sedar bahawa DAP tidak diperlukan di Sarawak dan biar parti pembangkang berteraskan tempatan yang menjadi pembangkang di Sarawak. Bukan DAP yang hakikatnya adalah parti politik yang datang dari luar Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA