'D Tatoo Studio' Sahut Seruan Kerajaan


KUCHING : Inisiatif kerajaan memperkasakan usahawan bumiputera mendapat respon positif golongan belia usahawan kecil Sarawak.

Derrick Eric Bayting 27, pemilik D Tatoo Studio memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan membuka kedai mencorak tatu.


"Saya telah mengikuti kursus Tube 3.0 di kem PLKN Sematan bagi untuk mendalami ilmu keusahawanan dan telah mendapat gran sebanyak RM15,000 dari kerajaan untuk membuka sebuah perniagaan.

"Inisiatif kerajaan begitu baik sekali bagi membantu golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang usahawan," katanya kepada Sarawakiana.



Menurut Derrick, segala yang di usahakan oleh kerajaan adalah bagi mengembangkan jumlah bumiputera untuk berniaga serta menggalakkan lagi golongan muda terbabit dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

"Saya telah menyahut seruan kerajaan dengan membuka kedai mencorak tatu di Pekan Bau.

"Saya memang berminat dengan seni sejak sekian lama dan ingin mengembangkan seni tatu ke tahap yang lebih tinggi seperti terkenal di seluruh dunia," ujarnya.

Menurut beliau, tatu bukan sekadar lukisan badan tetapi ia mempunyai makna yang tertentu.



"Kaum Dayak kebiasaannya akan mencorak tatu berasaskan tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

"Disamping itu Dayak mengaitkan tatu dengan kepercayaan masyarakat dahulu yang mempercayai setiap benda di dunia memiliki roh dan tatu yang bercorak apa yang terdapat pada lam sebagai pelindung," tambahnya.

Bagi Derrick, beliau lebih fokus kepada tatu tradisional teutama tatu dari kaum Bidayuh dan bercita-cita mahu mempopularkan tatu tersebut ke seluruh dunia serta sesiapa yang berminat dialu-alukan datang ke D Tatoo Studio di Pekan Bau.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA