Costello Jawie Terus Berkarya Perjuangkan Muzik Dayak


KUCHING : Lagu 'Akai Bajik' telah menjulang nama Costello Jawi dalam industri muzik tempatan apabila lagu tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Menurut Costello Jawie, beliau terus berkarya memperjuangkan muzik dayak walaupun pelbagai dugaan dihadapi.

"Walaupun berbagai dugaan melanda, ia tidak akan mematahkan semangat untuk terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang mampu memuaskan hati peminat.

"Sudah menjadi asam garam apabila mencebur diri dalam dunia nyanyian dan tindakan rasional perlu dilakukan agar segala dugaan dapat ditempuh dengan bijak," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau memberitahu telah menceburi bidang nyanyian selama 11 tahun sejak dari tahun 2005 lagi dan menghasilkan dua buah album selama berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan.


"Album pertama 'Akai Bajik' yang bernaung di bawah Syarikat All Time Best popular dengan lagu 'Akai Bajik' dan 'Berani Mati Bebuai Nyawa' mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Album kedua 'Joget Telentang Telungkup' turut bernaung di bawah syarikat yang sama memuatkan lagu yang bakal popular seperti lagu 'Ketegal Nguai Tua Berserara' dan 'Joget Telentang Telungkup'," ujarnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa kedua album tersebut masih terdapat dipasaran dan berharap peminat terus menyokong beliau untuk memartabatkan muzik Dayak ke tahap seterusnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA