Clinton Hulur Kerjasama Dengan Trump


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Bekas calon Presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton sanggup bekerjasama dengan presiden baharu dilantik, Donald Trump.

Katanya, ia demi kepentingan dan kebaikan rakyat di negara itu.

"Malam tadi saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump dan menawarkan untuk bekerjasama dengan beliau bagi pihak negara kita.

"Saya minta maaf bahawa saya tidak menang pilihan raya ini. Ini adalah menyakitkan dan ia akan menjadi untuk masa yang lama.

"Kita telah melihat bahawa negara kita lebih jauh berbeza daripada yang kita fikir," katanya ketika menyampaikan ucapan konsesi formal di New Yorker Hotel di Midtown pada pagi semalam.

Clinton dalam masa sama turut berharap Trump menjadi presiden yang berbakti kepada semua rakyat Amerika.

"Trump akan menjadi presiden kami. Kami berhutang minda yang terbuka dan peluang untuk memimpin," katanya lagi.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA