Chong Lebih Dengar Nasihat DAP Daripada Bersama BERSIH 5.0


KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen hadir ke Perhimpunan BERSIH 5.0 Sarawak di Panggung Udara tanpa mengenakan baju kuning.

Chong bersama Ahli Parlimen Stampin Julian Tan hanya memakai baju kemeja putih.

Menurut Chong, kehadiran beliau pada perhimpunan tersebut adalah sebagai pemerhati atas arahan penasihat undang-undang DAP.

"Kami berdua di sini sebagai pemerhati atas arahan penasihat undang-undang," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, bilangan peserta BERSIH 5.0 Sarawak masih kurang daripada 500 orang.

Biarpun dihalang menggunakan Panggung Udara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan, jawatankuasa BERSIH 5.0 masih berunding dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk mendapat kebenaran menggunakan venue tersebut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA