Caj Baru Kemudahan Rawatan Pesakit Bermula 1 Januari


PUTRAJAYA: Kadar caj baru kemudahan rawatan pesakit warganegara bagi Kelas 1 dan Kelas 2 di hospital kerajaan di seluruh negara akan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar caj itu dikemaskini berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan tidak pernah disemak sejak 34 tahun lalu.

Beliau berkata, pengemaskinian caj tersebut hanya membabitkan pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 sahaja, manakala bagi Kelas 3 tiada sebarang perubahan caj.

"Bagi pengemaskinian caj yang membabitkan pesakit Kelas 1, caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan dinaikkan sebanyak 50 peratus.

"Bagi Kelas 2, kenaikan 25 peratus adalah hanya membabitkan caj wad sahaja dan tidak meliputi rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Manakala, bagi Kelas 3 pula tiada sebarang perubahan caj," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, terdapat dua juta pesakit berbayar yang dimasukkan ke wad di hospital kerajaan setahun namun, hanya 1.6 peratus dimasukkan ke dalam wad Kelas 1 dan Kelas 2.-myMetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA