Bunuh Diri Dengan Kejutan Elektrik?


THAILAND: Seorang lelaki yang ditemui maut didakwa 'sengaja mengenakan kejutan elektrik terhadap dirinya', kata polis.

Menurut laporan Malaysian Digest, Channarong Sinka, 30, ditemui maut terbaring dengan wayar membelit pergelangan tangan kanannya.

Sebuah telefon bimbit yang masih bersambung pada soket juga ditemui di sisinya.

"Tiada bukti pergelutan atau serangan, tiada barangan yang hilang daripada tempat kejadian," kata pegawai polis, Leftenan Sunan Petnhu.

Polis mengatakan mangsa maut enam jam sebelum mayatnya ditemui.

Walaupun siasatan polis mengatakan mangsa mengenakan kejutan elektrik pada dirinya, siasatan lanjut tetap dijalankan.

Sementara itu, Phuket Gazette mengatakan mangsa sedang menghadapi tekanan akibat kes mahkamah.

"Saudara mara mangsa mengatakan dia tertekan akibat kes mahkamah," kata Leftenan Sunan. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA