Bunuh Diri, Aktres Popular Ditemui Membusuk di Apartmentnya



Aktres Bollywood Sabarna Anand ditemui mati di kediamannya yang terletak di Chennai, baru-baru ini.

Laporan media Bollywood menyebut, pelakon berusia 29 tahun ini ditemukan dalam keadaan sudah tidak tak bernyawa oleh pihak polis setempat.

Sebelum itu, jiran mangsa ada tercium bau yang kurang enak dari kondominium tak Sabarna, lalu jiran tersebut segera menghubungi pihak polis.

Mayat pelakon yang terkenal menerusi beberapa siri Tamil itu ditemui dalam sudah busuk. Siasatan polis mendapati ada kesan kelar di tangan Sabarna.

Sementara itu, beberapa jiran tetangga memaklumkan bahawa sudah beberapa hari mereka tidak melihat Sabarna. Kawan-kawan dan keluarga juga tidak menerima khabar berita tentang si mati, sejak kebelakangan ini.

Sehinggalah mereka mencurigai sesuatu terjadi selepas terbau busuk dari rumah Sabarna, danwanita itu dipercayai sudah meninggal beberapa hari sebelum ditemui.

Seorang teman Sabarna berkata, pelakon itu kelihatan tidak bahagia sejak bebeapa hari terakhir sebelum kematiannya. Namun dia tak menyangka jika Sabarna nekad mengakhiri hidupnya sendiri seperti ini.

Sabarna yang bekerja di industri hiburan kawasan Tamil memilih tinggal di Chennai sendirian, jauh dari ayah ibu dan kakaknya yang tinggal di kawasan Virugambakkam. - MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA