Budak Perempuan 8 Tahun Maut Jatuh Flat


JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut setelah tergelincir dari tingkat atas flat empat tingkat yang didiami keluarganya di Kulai, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Loh Xiao Rou, murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 1, keluar dari rumah tanpa pengetahuan bapanya yang ketika itu sedang membaiki siling rumah.

Sebelum itu, bapanya difahamkan mengingatkan mangsa agar duduk di rumah dan makan makanan tengah harinya.

Namun perkara sebaliknya berlaku dan mangsa, anak sulung daripada tiga beradik, dikatakan tergelincir dari pagar koridor yang rosak dan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk bedah siasat.

Laporan bedah siasat menyatakan kematian mangsa disebabkan kecederaan teruk di kepala dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA