Budak 11 Tahun Maut Tercekik Kerepek Kentang



Seorang kanak-kanak sindrom down berusia 11 tahun meninggal dunia akibat tercekik kerepek kentang.

Kanak-kanak yang hanya dikenalpasti sebagai R.T.A disahkan meninggal dunia di salah sebuah institusi pendidikan di Ras Al Khaimah, kata seorang pegawai.

Mangsa bersama ibunya ketika kejadian yang berlaku pada Selasa jam 11 pagi (waktu tempatan).

Seorang pegawai di Hospital Saqr memberitahu Gulf News, mangsa meninggal dunia ketika tiba di hospital.

"Otak mangsa kekurangan oksigen akibat saluran udara tersekat dan telah meninggal dunia ketika tiba di hospital.

"Kakitangan kecemasan cuba untuk memulihkan gadis itu namun gagal," katanya.

Ibu mangsa memberitahu kakitangan hospital, dia cuba untuk mengeluarkan kerepek kentang dari mulut anaknya itu, tetapi tidak berjaya dan mukanya bertukar biru

Polis mengesahkan kejadian itu dan sedang menyiasat kes berkenaan. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA