• 'Buaya Simunjan' Jenguk Sekolah

    Published: Thursday, 17 November 2016
    A- A+

    SIMUNJAN: Faktor air pasang besar menyebabkan seekor buaya sepanjang 2.4 meter ditemui 'menjenguk' kawasan sekolah SK Sungai Lingkau malam tadi.

    Reptilia tersebut ditemui oleh pengawal keselamatan ketika keluar membuat rondaan disekitar kawasan sekolah dan terkejut apabila terlihat reptilia berkenaan berada dihadapan pintu masuk sekolah sekitar jam 9.30 malam tadi.

    Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, pengawal terbabit kemudian menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima.

    “Setibanya anggota di sekolah berkenaan pihaknya terus menangkap dan menarik buaya berkenaan ke kawasan lapang sebelum diikat.”katanya.

    Reptilia berkenaan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.-Sarawakiana
  • No Comment to " 'Buaya Simunjan' Jenguk Sekolah "