Brunei Mengamuk Di Stadium Sarawak


KUCHING: Pemain gantian, Azwan Ali Rahman boleh dianggap sebagai wira Brunei Darussalam apabila membantu pasukannya meraih kemenangan besar 4-0 mengalahkan Timor Leste dalam perlawanan pembukaan Piala Solidariti AFC 2016 di Stadium Sarawak malam tadi.

Kemasukan pemain tengah itu pada minit ke-58 ternyata mengubah momentum permainan Brunei dengan jaringannya selepas empat minit dimasukkan.

Azwan sekali lagi meledak lima mnit kemudian dan meranapkan perjuangan anak buah Fabio Jaoquim Da Silva.

Mohd Shah Razen turut melakar nama selaku penjaring pada minit ke-70 sebelum Adi Said menjaringkan gol keempat Brunei pada minit ke-80.

Perlawanan tersebut turut dicemari dengan layangan kad apabila pemain Timor Leste, Rufino Water dibuang padang selepas melakukan terjahan keras.

Timor Leste akan bertemu Nepal Sabtu ini manakala Brunei menentang Nepal pada Selasa depan.-Sarawakiana.



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA