• Bomba Bantu Angkat Kereta Pemandu OKU

    Published: Thursday, 17 November 2016
    A- A+

    KUCHING: Amalan murni anggota bomba dalam membantu masyarakat memang tidak dapat disangkal kerana bantuan yang dihulurkan tidak mengira tempat atau situsia.

    Malam tadi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya membantu pemandu orang kurang upaya (OKU) menangkat keretanya yang tersangkut pada pembahagi jalan di Jalan Stutong.

    Menurut Duin Kuni,51, dia menunggu lebih sejam namun tiada yang berhenti membantu.

    Keadaan itu menyebabkan Duin menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

    Sementara itu, jucucakap bomba menjelaskan, sepasukan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

    "Selepas kereta berjaya dialihkan, pemandu itu meneruskan perjalanan pulang ke rumah," katanya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Bomba Bantu Angkat Kereta Pemandu OKU "