Boleh Makan Kasut Ini Kalau Tak Mahu Sarung Di Kaki


TOKYO: Nampak begitu realistik dan boleh terus disarungkan serta dipakai, namun kasut yang kelihatan seperti buatan kulit ini sebenarnya dibuat daripada coklat dan harganya jauh lebih mahal daripada kasut biasa.

Dengan hiasan dilengkapi kelim, tapak dan tali kasut, kasut coklat berkenaan nampak hidup dan tidak ubah seperti kulit berwarna coklat.

Rangkaian kasut coklat ‘Gentleman’s Radiance’ itu dihasilkan pakar coklat, Motohiro Okai dari butik coklat L’├ęclat di Hotel Rihga Royal di Osaka.

Setiap ‘kasut kulit’ berukuran sepanjang 26 sentimeter dan dibuat sepenuhnya daripada coklat, termasuk pelapik dalam dan tali kasut.

Kasut itu boleh didapati dalam tiga rona perang cerah, gelap dan kemerah-merahan selain turut nampak berkilat seperti kulit asli. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA