Bintang Gusti Meninggal Dunia Dalam Keadaan `Terbuang’


Dia adalah bekas bintang gusti popular WWE dan model Playboy serta berjaya menjadi tumpuan ramai hingga mampu memperolehi pendapatan kira-kira RM4 juta setahun.

Namun kehidupan mewah yang dimiliki oleh Chyna atau Joan Laurer telah menjadikan dia tidak terkawal dan mula mengambil dadah, hingga membawa kepada kematian tragis akibat pengambilan dadah berlebihan pada April lalu.

Abu mayatnya telah disemadikan di sebuah apartment di Los Angeles, iaitu tempat di mana mayatnya telah ditemui.

Disebabkan dia menjadi penagih dadah, ramai yang menjauhkan diri daripadanya meskipun Chyna berstatus sebagai bintang gusti popular.

Kisah Chyna telah dijadikan dokumentari bagi menunjukkan bagaimana kehidupan mewah dan terkenal seorang wanita musnah akibat dadah.

Karier Chyna bermula beberapa tahun selepas dia menamatkan pengajian di kolej pada 1992 namun pada 2001, Chyna terpaksa bergelut untuk kekal sebagai penggusti wanita popular.

Kejatuhan Chyna dikatakan berpunca daripada tindakannya yang menolak kontrak baru WWE bernilai RM1.7 juta dan hanya akan menerima kontrak bernilai RM4 juta sahaja.

Chyna kemudiannya dilaporkan menyesal kerana menolak kontrak baru itu sedangkan WWE sahaja yang menerimanya.

Bagi menampung kehidupannya, Chyna bergambar untuk majalah lucah Playboy, menulis memoir dan turut terlibat dalam pembikinan beberapa filem lucah.

Bagaimanapun masalah ketagihan dadah yang dialaminya telah memburukkan keadaan hinggakan keluarganya yang pernah cuba membantunya, menjadi kecewa dan memutuskan hubungan dengan Chyna.

Pada hari kematiannya, Chyna telah merakamkan dirinya berjalan di dalam apartmen berkenaan selama 13 minit dan kemudian dimuatnaik dalam talian. Polis hanya menemui mayat bekas bintang gusti popular itu beberapa hari selepas rakannya gagal menghubungi Chyna. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA