Biarpun Hujan, Pak Nasir Tiba Di Kuala Kangsar



ALOR SETAR: Biarpun hujan di beberapa kawasan antara Simpang Pulai ke Sungai Siput, Perak, ia tidak mematahkan semangat penyokong Helang Merah, Nasir Abas untuk meneruskan misi larian solonya.

Nasir atau lebih mesra dipanggil Pak Nasir berkata, dia selamat sampai di Kuala Kangsar, Perak pada jam 5.45 petang tadi.

"Saya sudah berlari kira-kira 50 kilometer hari ini dan ia mencapai sasaran 50 kilometer sehari.

"Sepanjang perjalanan hujan lebat namun saya tetap meneruskan larian bagi memastikan sasaran waktu dicapai antara 8 hingga 9 jam untuk sampai ke sini," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Walaupun sepanjang perjalanan hujan, Pak Nasir mengakui dirinya semakin bersemangat kerana ramai pihak yang memberinya sokongan termasuk mengambil gambar untuk kenangan.

Pak Nasir yang juga bekas tentera memulakan larian dari Stadium Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu dan dijangka menghabiskan lariannya sejauh 500km di Kuala Kedah, Kedah dalam tempoh 10 hari.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA