Biar Polis Siasat Individu Hasut Sarawak Keluar Malaysia - Saberkas


KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat pihak yang terbabit dengan tuntutan Sarawak keluar dari Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pihak polis sedang mengambil tindakan kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kita serah kepada kedaulatan undang-undang untuk tindakan seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir pengguna Facebook yang menuntut Sarawak keluar Malaysia.

Pengguna Facebook tersebut turut memuat 'posting' "Saya akan saman mana-mana pihak termasuk kerajaan Malaysia atau PDRM kalau melakukan kelakukan gertak, ugutan dan salah guna kuasa terhadap saya".

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) menasihati generasi muda supaya tidak terpengaruh dengan sebarang 'posting' dalam laman sosial yang berniat menghasut.

Sebaliknya beliau berkata, generasi muda perlu sentiasa ada sikap cintakan negara.

"Generasi muda dinasihatkan supaya sentiasa ada sikap cintakan negara serta menjadi warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi menegak kedaulatan negara," ujarnya.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA