Bertengkar Sebelum Ditolak Ke Landasan Keretapi


SEORANG wanita berusia 49 tahun maut selepas ditolak di hadapan keretapi bawah tanah yang sedang bergerak di stesen Times Square, New York City, sebentar tadi.

Mangsa dipercayai ditolak seorang wanita selepas dilihat bertengkar sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang, waktu tempatan.

New York Times melaporkan, Timbalan Ketua Polis Manhattan, William Aubry berkata, susulan kejadian itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Melanie Liverpool-Turner; 30, ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai masalah gangguan emosi dan pernah mendakwa akan menolak seorang wanita di landasan keretapi namun tidak didedahkan oleh mangsa.

Polis sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut.

Dalam serangan petang itu, mangsa dipercayai ditolak oleh suspek di laluan nombor satu keretapi yang sedang dalam perjalanan ke arah selatan.

Bagaimanapun, polis masih mengenal pasti hubungan di antara suspek dan mangsa.

Anggota polis dan kakitangan keretapi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah keretapi.

Kejadian tersebut menyebabkan perkhidmatan keretapi tertangguh sementara dan menyebabkan rutin harian orang ramai tergendala. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA