Bersihkah BERSIH 5 ?



BERSIH 5 di Sarawak telah menghadapi kesukaran untuk mengadakan perhimpunan apabila venue dicadangkan tidak mendapat kelulusan.

Kesemuanya ditolak oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sebab-sebab tertentu.

Mereka mula mendesak akan meneruskan perhimpunan sedangkan tindakan mereka sebenarnya melanggar peraturan yang telah termaktub. Adakah ini boleh dikatakan BERSIH jika masih mahu melanggar peraturan?

Dalam itu BERSIH 5 sendiri disertai oleh ahli politik pembangkang dan salah satu agenda BERSIH 5 ialah hendak bersihkan sistem pilihanraya yang telah diamalkan di Malaysia selama ini.

Bagaimana BERIS hendak bersihkan sistem piliharaya sedangkan ahli politik pembangkang dalam bersih turut terpilih menjadi wakil rakyat daripada hasil sistem pilihanraya ketika ini.

See Chee How umpamanya telah dipilih menjadi ADUN Batu Lintang selepas dipilih menerusi pilihanraya. JIka BERIH 5 nakkan sistem pilihanraya bersih, desak semua ADUN pembangkang meletak jawatan terlebih dahulu terutamanya See Chee How. Baru bertepatan BERSIH 5 diadakan.

Berkenaan rasuah pula, ia menjadi agenda BERSIH 5 diadakan. Sedarkah BERSIH 5, pada ketika ini rasuah sedang menjadi isu dalam parti pembangkang sendiri. Isu rasuah Lim Guan Eng (DAP). isu 3 banlo milik Adam Rosly pegawai khas Zuraidah (PKR) Parlimen Ampng dan bermacam-macam lagi.

Sepatutnya BERSIH 5 harus tujukan tujuan utama untuk membersihkan ahli politik pembangkang yang jelas dan nyata sedang bergelumang dalam isu rasuah. Persoalannya kini, Adakah BERSIH 5 sebenarnya Bersih sedangkan agenda mereka sebenarnya hendak menjatuhkan kepimpinan kerajaan hari ini dan terus berdiam diri bila yang sepatutnya dibersihkan adalah parti pembangkang sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA