BERSIH Sarawak Ucap Terima Kasih Kepada PDRM


KUCHING: Jawatankuasa penganjur BERSIH 5.0 di Sarawak memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memastikan aliran trafik berjalan lancar.

Naib Pengerusi BERSIH Sarawak, Anne Teo berkata, semua peserta gembira kerana laluan trafik tidak sesak.

Pujian Anne itu turut mendapat sorakan daripada keseluruhan peserta BERSIH 5.0 Sarawak yang tidak sampai 500 orang.

"Terima kasih kepada Polis yang menjaga lalulintas.

"Semua orang gembira kerana jalan menuju ke sini (Panggung Udara) tidak sesak," katanya.

Biarpun bilangan peserta BERSIH 5.0 tidak ramai dan menggunakan Panggung Udara secara haram namun kehadiran mereka mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan Panggung Udara.

Anne kesal kerana Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan mereka menggunakan Panggung Udara biarpun menyedari lokasi tersebut diselenggara.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA