BERSIH Di Sarawak Mungkin Berdepan Tindangan Undang-Undang


KUCHING: Meskipun polis memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada peserta perhimpunan aman tanpa notis, penganjur Perhimpunan BERSIH 5 tetap berkeras untuk menggunakan Panggung Udara sebagai tapak perhimpunan pada 19 November ini.

Seperti diketahui, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebelum ini menyatakan Panggung Udara tidak selamat kerana masih dalam penyelenggaraan.

Namun, Naib Pengerusi Bersih Sarawak, Ann Teo berkata, perhimpunan tersebut dijangka disertai lebih 5,000 orang.

Malah menurutnya, pihaknya turut menyediakan 50 marshal sebagai langkah keselamatan untuk mengawal keadaan.

"Kami akan pastikan keadaan selamat dan terkawal," katanya.

Memetika laporan Utusan Borneo, walaupun sebahagian daripada kawasan Panggung Udara tersebut sedang dijalankan kerja menaik taraf, namun ia tidak akan menghalang perhimpunan BERSIH 5.

Justeru, Ann berkata pihaknya juga meminta kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memantau keadaan di kawasan perhimpunan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai ingin menyertai perhimpunan tersebut supaya meletakkan kenderaan di kawasan Dewan Suarah, tempat letak kereta Taman Reservoir dan di hadapan sekolah St Joseph.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA