BERSIH 5 Polis Akan Dijadikan Kambing Hitam


Sudah 5 kali demonstrasi BERSIH diadakan.

Namun kerajaan tidak tumbang juga. Bahkan sememangnya kerajaan tidak akan tumbang melalui demonstrasi BERSIH atau apa apa demonstrasi.

Jika ada kerajaan yang naik angkara demonstrasi , kerajaan itu adalah kerajaan haram yang tidak secocok dengan perlembagaan, maka ia halal ditumbangkan dengan cara yang sama.

Lebih buruk lagi, pembela kerajaan yang tumbang akan bangkit dan membuat demonstrasi sebagai tindak balas mahukan kerajaan yang mengganti ditumbangkan dengan segera.

Jadi dalam hal ini , siapa pemenangnya? Kita tidak pasti siapa pemenang muktamad, tetapi yang sah kalah adalah negara dan prasarananya,

Jika sudah sampai 5 kali masih tiada keuntungan kepada sesiapa , apa guna ia diadakan?

Mungkin penganjur kepada himpunan ini yang gemuk dan kenyang kerana jumlah yang diberi oleh pendana tidak keseluruhannya dapat kepada mereka yang menjadi pak turut terhegeh hegeh di panas terik atau mungkin dalam hujan.

Selain itu, pihak penganjur BERSIH bersama pasukan guaman dan pihak keadilan yang berpihak kepada mereka  akan memutar belitkan hal ehwal perundangan untuk menyesuaikan dengan isu mereka.

Bayangkan apabila segerombolan puak pembenci kerajaan memakai baju kuning bertembung dengan segerombolan puak pembenci barua pihak asing yang memakai baju merah bertembung, apakah yang akan terjadi?

Pasti sekali bukan salam tangan , tetapi kita jangka akan jadi kejadian caci mencaci dan kutuk mengutuk.

Hanya memerlukan sebiji botol air sahaja untuk memulakan rusuhan.

Tidak kira dari pihak mana ia dibaling sama ada kuning atau merah atau penyamar dari kedua pihak sudah mencukupi.

Agen asing dari negara jiran yang sering masuk campur akan menjadi potensi kepada haru biru ini.

Mereka pernah masuk campur di dalam isu Lynas satu masa dahulu.

Bahkan agen Daesh yang berkemungkinan ada pada kedua pihak juga boleh mengambil kesempatan.

Sebenarnya , isu baju Kuning ini adalah isu putar belit tahap tertinggi pihak parti pembangkang.

Kesemua pemimpin pembangkang memakai baju kuning tetapi membuat pengakuan ia bukan anjuran pembangkang.

Maka tabiat ini diikuti oleh pihak baju merah, ia juga di hadiri oleh orang UMNO tetapi bukan anjuran UMNO.

Jika anda boleh terima alasan pihak kuning, anda dikira tidak siuman jika tidak dapat menerima alasan pihak baju merah.

Ketika isu memijak gambar pemimpin pada demo berbaju kuning, tiada siapa antara pihak penganjur berbaju kuning mengaku ia perbuatan jijik dan tidak bermoral.

Malah kejadian memecah kenderaan kerajaan milik rakyat , iaitu Polis juga tidak ada sesiapa dari pihak baju kuning mahu bertanggungjawab.

Maka , pastikah kita mereka akan bertanggungjawab pada demo kali ini?

Maka, bersedialah pada himpunan "unprecedented" ini di mana dua pihak yang membenci satu sama lain akan bertembung.

Tiada siapa boleh kawal sebiji botol yang di baling dari kumpulan “crowd” antara kedua pihak, dan ia adalah resepi kehancuran.

Jika ada kehilangan nyawa atau kecederaan berskala besar, tentu sekali pihak kuning akan mencuci tangan dan akan memilih jalan senang dengan menuduh Polis sebagai "scapegoat".

Malah yang jahat antara mereka akan menuduh “Polis” yang memulakannya dengan penyamaran anggota Polis yang memulakannya.

Sama seperti kejadian di Sabak Bernam bulan lepas, anggota Bersih menyamar sebagai polis untuk melakukan provokasi hingga berlaku pertelingkahan.

Sudah sekian lama mereka wujud mustahil kita tidak boleh membaca perangai jijik mereka.

Dengan peguam licik seperti ular , mereka akan putar belitkan alasan dan ini akan menjadi lebih sukar dengan wujudnya portal dan media yang tidak ada moral dan etika dalam pemnberitahuan infomasi.

Jangan terkejut apabila ada huru hara , jeritan pertama dari mereka adalah menyuruh Ketua Polis Negara meletak jawatan.

Ini akan diikuti oleh skrip biasa dari Tun Mahathir yang kehausan kuasa untuk menyuruh Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana tidak berupaya menjaga keselamatan rakyat.

Semenjak azali pun itu sahaja nyanyian Tun Mahathir,

Selain itu , Menteri dalam Negeri juga akan disuruh letak jawatan kerana “incompetent” dalam mengawal keselamatan dalam negara.

Ini sebenarnya adalah kes , bertindak awal salah, tidak bertindak pun salah.

Yang terbaik adalah pilih mana satu yang terbaik antara terburuk untuk bertindak.

Di Thailand , tiada kesudahannya, lepas kuning , merah pula dan silih berganti dan berakhir dengan militer ambil kuasa, dan Raja masuk campur.

Tetapi Thailand unik sedikit , mereka sebangsa dan seagama.

Malaysia sudah ada macam macam undang undang, dan RUU akan dibincang nanti, persoalannya bukan undang undang , tetapi penguatkuasaan undang undang.

Rakyat tidak takut kerana menteri dan penguasa yang hanya suka memberi amaran. Dan bukannya bertindak.

Terkadang , tidak perlu pun beri amaran, tahu tahu sudah ditangkap, itu yang mengerunkan.

Kerajaan dan Polis kena guna kuasa ketika berkuasa.

Pihak lain berebut untuk mendapat kuasa, sehingga yang tiada kuasa pun mahu tunjuk kuasa, kita pula yang berkuasa bertindak semacam tidak ada kuasa.

Apa guna berebut kuasa tetapi amat kedekut dan berkira untuk menggunakannya, takut apa pada populariti dan dibenci kerana sekarang pun sudah dibenci, jangan esok pihak lain merampas kuasa dan kita dikenakan tindakan dengan  kuasa yang mereka ada.

Ketika itu sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

Tulisan :
Beruang Biru
BB140, Jumaat
18 November 2016

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA