Bersih 5 Dijangka Merayu Pada Adenan


KUCHING: Pihak Jawatankuasa Bersih yang merancang untuk mengadakan perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini dijangka akan merayu pada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mendapatkan venue bagi tujuan tersebut.

Keputusan itu, berikutan permohonan menggunakan Padang Merdeka dan Panggung Udara sebagai venue tidak diluluskan pihak berkuasa.

Sumber berkata, pihak penganjur yakin sikap terbuka Ketua Menteri akan memberi persetujuan terhadap permohonan mereka.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuching (DBKU) menolak permohonan pihak Bersih 5 untuk menggunakan Panggung Udara sebagai venue perhimpunan.

Alasan yang diberikan, kerana Panggung Udara kini masih menjalani proses penyelenggaraan yang membabitkan penambahbaikan infrastruktur.

“Kami sedang menjalankan proses penyelenggaraan, menggantikan lampu serta melibatkan infrastruktur setelah beberapa tahun tidak diselenggara,” Datuk Bandar DBKU dipetik sebagai berkata.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA