• Berpuluh Kereta Bertembung, 17 Maut, 37 Cedera

    Published: Tuesday, 22 November 2016
    A- A+

    CHINA: Berpuluh-puluh kenderaan bertembung ketika cuaca bersalji di utara China, menyebabkan 17 maut dan 37 cedera, lapor media tempatan.

    Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, sebanyak 56 kenderaan terlibat dalam kemalangan di lebuh raya utama di wilayah Shanxi pada Isnin ketika cuaca sejuk dan keadaan jalan raya licin.

    Pihak berkuasa tempatan berkata, mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil.

    Operasi menyelamat telah dijalankan melibatkan polis, bomba, doktor dan pegawai kerajaan.

    Siasatan terhadap punca kemalangan masih dalam siasatan.

    Kemalangan jalan raya di China adalah perkara biasa kerana sikap pengguna yang memandu dengan kelajuan tinggi, agresif dan tidak mengawal jarak kenderaan. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Berpuluh Kereta Bertembung, 17 Maut, 37 Cedera "