Berkongsi Selfie Sebelum Ditemui Terbunuh



AMERIKA SYARIKAT: Dua pelajar sebuah sekolah ditemui mati bersama kecederaan tembakan, kelmarin.

Menurut laporan Dailymail, mayat Annika Monique dan Brenden Shipman, masing-masing berusia 16 tahun ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi sebuah tasik.

Polis juga menemui sepucuk pistol di dalam kereta mangsa.

Annika dan Brenden dipercayai memulakan hubungan romantik pada April tahun ini berdasarkan perkongsian mereka di Facebook.

Sehari sebelum kejadian, kedua-dua mangsa berkongsi foto selfie dan memuatnaik foto berkenaan ke Facebook.

Saudara-mara mangsa dan polis memulakan pencarian selepas kedua-dua mangsa tidak menghadirkan diri pada Selasa.

Penyiasat bagaimanapun masih gagal mencari sebab mengapa pasangan kekasih berkenaan membuat keputusan untuk membunuh diri. -SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA