Beri Perkhidmatan Terbaik, UPP Tubuh Biro Perkhidmatan Komuniti


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan menubuhkan Biro Perkhidmatan Komuniti bagi memberi perkhidmatan yang lebih luas kepada masyarakat Sarawak pada 27 November ini.

Presiden UPP Dato' Sri Wong Soon Koh berkata, biro ini ditubuhkan bagi mewakili seluruh cawangan UPP Selatan (Kuching).

"Peranan biro ini akan memberi perkhidmatan yang memerlukan pelaksanaan segera seperti mencari derma 10 buah komputer untuk Sekolah Menengah St Teresa yang hangus dalam kebakaran tempoh hari.

"Dengan itu kita terus meneruskan perkhidmatan untuk komuniti terutama di bahagian Kuching," katanya di sidang media Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa UPP telah membentuk Biro Bumiputera dan Biro Pemuda yang memfokuskan agenda perkhidmatan untuk Bumiputera dan generasi muda.

"Impak daripada penubuhan biro tersebut, pelbagai isu dibangkitkan daripada masyarakat yang terdiri daripada masalah pembangunan, sosial, penjaja dan sebagainya.

"Oleh itu, penubuhan biro ini adalah platform bagi UPP meneruskan perkhidmatan terbaik kepada komuniti serta sentiasa mendengar masalah yang telah dibangkitkan serta mencari jalan penyelesaian terbaik," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA